Tuesday, March 17, 2020

Sejarah Sekolah

        SJKT Ladang Bukit Rajah terletak di Bandar Bukit Rajah daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1948 dengan 40 orang murid. 

    Pada awalnya, sekolah ini mempunyai 1 Blok Rumah papan dengan keluasan 40x30 kaki persegi. Murid hanya belajar dari darjah 1 hingga 3 sahaja. Pada tahun 1954 murid dan guru di sekolah ini telah meningkat sebanyak 70 orang murid dan 3 orang guru. 

    Pada 30 Mac 1957 sebuah bangunan yang mengandungi 3 bilik darjah telah dibina. Murid juga meningkat sebanyak 94 orang pada tahun itu. Murid mula belajar darjah 1 hingga 6 pada tahun 1960 dan bilangan murid mencecah sebanyak 117 orang. Pada tahun 1975 SJKT Sg Rasa telah digabungkan dengan sekolah ini. Pada tahun 1982, guru besar En.Samykannu PPN dengan usahanya sendiri telah mendapatkan RM7000 daripada kerajaan. 

        Dengan wang itu sebuah bilik darjah, pejabat dan bilik guru telah didirikan. Dengan megahnya murid dan guru melangkah ke bangunan baru menerusi projek Sime Darby pada tahun 2008. Pada tahun 2020, Pra sekolah KPM telah ditubuhkan dan mula dioperasi mulai 02.01.2020. Pada tahun ini iaitu 2021 sekolah ini mempunyai 156 orang murid termasuk pra sekolah dan 12 orang guru.

No comments:

Post a Comment